Minggu, 03 Februari 2013

Murtabak Krackers


Bahan-bahan
 
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi)
dikocak dengan sedikit garam dan lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan
mentega, alas dasarnya dengan kertas kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari
daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam
Cara Persediaan
CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.
CARA MELAPIS MURTABAK
Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan
tekap supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan
pertama berisi penuh dengan biskut.
Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur pula
diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan bawang
dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya sedikit
telur.
Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan
pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi
untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur
diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah
dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah
masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang
dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato. 

Sumber: Mami Asmah Laili


0 komentar:

Posting Komentar